Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria berkata bahawa beliau tidak meletakkan harapan yang telalu tinggi ke atas pentadbiran Trump. Akan tetapi beliau menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang benar-benar mahu memerangi keganasan.
Beliau berkata bahawa Trump sacara automatik akan menjadi sekutu Damsyik jikalau beliau mula memerangi pengganas.
Walaubagaimanapun, pemimpin Syria itu mengatakan bahawa bakal Presiden A.S itu akan berada di bawah pengaruh yang pelbagai ketika memasuki Rumah Putih. Oleh kerana itu beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap Trump. Assad memberi komen itu kepada badan penyiaran Portugal RTP.
"Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang komen tentang apa yang akan dilakukan oleh Trump sepanjang penggal pertamanya. Akan tetapi, jikalau beliau memerangi pengganas, kami pasti akan menjadi sekutu, bersama-sama Rusia, Iran dan mana-mana negara yang mahu memerangi keganasan," kata Assad.
"Kami perlu tunggu sehingga beliau mula memerintah," kata Assad."Akan tetapi kami berharap A.S akan mula menghindari pandangan yang berat sebelah, menghormati undang-undang antarabangsa dan berhenti mencampuri urusan negara berdaulat yang lain," kata beliau lagi.
16 November 2016 - 18:12
News ID: 792400
Presiden Syria berkata bahawa beliau tidak meletakkan harapan yang telalu tinggi ke atas pentadbiran Trump.